Thursday 20 September 2012
Perjumpaan Kedua : Menceritakan Pengalaman Melancong.
Pada perjumpaan untuk kali kedua ini , perjumpaan telah diadakan pada 29 Februari 2012 bertempat di pusat sumber 2 . Seramai 30 orang ahli yang menghadirkan diri dalam pada perjumpaan kali kedua ini . Aktiviti yang telah berlangsung pada hari tersebut ialah , setiap ahli perlu menceritakan pengalaman mereka sewaktu melancong kepada rakan-rakan yang lain . Terdapat pelbagai tempat dan saat-saat manis yang telah diceritakan oleh ahli-ahli kelab ini . Antara tempat-tempat pelancongan yang telah diceritakan oleh ahli-ahli tersebut ialah Cameron Highland , Pulau Pangkor , Pulau Tioman , Genting Higland , Taman Burung dan pelbagai lagi . Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli dan mengetahui tempat-tempat yang menarik di dalam Malaysia . Aktiviti ini bersurai pada pukul 2.30 petang .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment