Perjumpaan pertama telah diadakan pada 11 Januari 2012 iaitu pada hari Rabu. Antara program yang telah berlangsung pada hari tersebut ialah Mesyuarat Agong Kelab Pelancongan bagi tahun 2012 dan bertempat di kelas 4K4 . Seramai 35 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan tiga , tingkatan empat dan tingkatan lima telah mendaftarkan diri sebagai ahli Kelab pelancongan ini.
Program tersebut dimulakan dengan pengenalan kepada guru penasihat Kelab Pelancongan iaitu Cik Noraini bt. Jamaluddin dan Pn. Siti Amrah bt. Mohd Idris . Selepas itu , pemilihan calon-calon ahli jawatankuasa yang akan dipilih oleh ahli-ahli yang lain . Calon-calon yang telah dipilih akan diundi untuk menentukan sama ada mereka sesuai atau tidak untuk menyandang jawatan .
Selepas pemilihan jawatan telah dipilih , kami membincangkan tentang perancangan aktiviti tahunan . Antara cadangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli ialah melawat atau pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik . Selain itu , ada juga ahli yang mencadangkan untuk membuat aktiviti yang ringan di sekolah . Program tersebut telah bersurai pada pukul 9 pagi .
No comments:
Post a Comment