Thursday 20 September 2012
Perjumpaan Kedua : Menceritakan Pengalaman Melancong.
Pada perjumpaan untuk kali kedua ini , perjumpaan telah diadakan pada 29 Februari 2012 bertempat di pusat sumber 2 . Seramai 30 orang ahli yang menghadirkan diri dalam pada perjumpaan kali kedua ini . Aktiviti yang telah berlangsung pada hari tersebut ialah , setiap ahli perlu menceritakan pengalaman mereka sewaktu melancong kepada rakan-rakan yang lain . Terdapat pelbagai tempat dan saat-saat manis yang telah diceritakan oleh ahli-ahli kelab ini . Antara tempat-tempat pelancongan yang telah diceritakan oleh ahli-ahli tersebut ialah Cameron Highland , Pulau Pangkor , Pulau Tioman , Genting Higland , Taman Burung dan pelbagai lagi . Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli dan mengetahui tempat-tempat yang menarik di dalam Malaysia . Aktiviti ini bersurai pada pukul 2.30 petang .
Tujuan Kelab Pelancongan Ditubuhkan.
Salah satu ragam manusia ialah untuk menjalinkan perhubungan di antara satu sama lain. Pelajar memerlukan saluran interaksi yang selamat cepat dan berkesan. Laman ini juga merupakan saluran bagi murid-murid Kelab Pelancongan berinteraksi dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman. Tempat pertemuan yang di bina di atas infrastruktur yang yang berfleksibel dan berkeupayaan untuk berkembang .
Tempat pertemuan ini kaya dengan profil-profil pelajar yang bermakna dan terus membangun. Tempat pertemuan yang membolehkan ahli-ahli memainkan pelbagai peranan serta meyertai program-program kepimpinan dan perkembangan etika .
Perjumpaan Pertama : Mesyuarat Agong Kelab Pelancongan.
Perjumpaan pertama telah diadakan pada 11 Januari 2012 iaitu pada hari Rabu. Antara program yang telah berlangsung pada hari tersebut ialah Mesyuarat Agong Kelab Pelancongan bagi tahun 2012 dan bertempat di kelas 4K4 . Seramai 35 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan tiga , tingkatan empat dan tingkatan lima telah mendaftarkan diri sebagai ahli Kelab pelancongan ini.
Program tersebut dimulakan dengan pengenalan kepada guru penasihat Kelab Pelancongan iaitu Cik Noraini bt. Jamaluddin dan Pn. Siti Amrah bt. Mohd Idris . Selepas itu , pemilihan calon-calon ahli jawatankuasa yang akan dipilih oleh ahli-ahli yang lain . Calon-calon yang telah dipilih akan diundi untuk menentukan sama ada mereka sesuai atau tidak untuk menyandang jawatan .
Selepas pemilihan jawatan telah dipilih , kami membincangkan tentang perancangan aktiviti tahunan . Antara cadangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli ialah melawat atau pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik . Selain itu , ada juga ahli yang mencadangkan untuk membuat aktiviti yang ringan di sekolah . Program tersebut telah bersurai pada pukul 9 pagi .
Subscribe to:
Posts (Atom)