-->
Kelab Pelancongan SMK Cheras .

Pages

  • Home
  • Tuan Punya Blog.
  • Visi Dan Misi .
  • Carta Organisasi.
  • Senarai Ahli.

Saturday, 22 September 2012

Tempat-tempat pelancongan yang menarik di Malaysia .

Pulau Redang, Terengganu , Malaysia .

   Pulau Redang terletak di luar pantai Negeri Terengganu. Ia adalah pulau-pulau yang mempunyai pantai tercantik di dunia. Pelbagai hidupan laut yang biasa dan luar biasa dapat dilihat di sini. Taman Lautnya menjadi kunjungan pelancong seluruh dunia. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan bot laju dari Jeti Pantai Merang. Pantai Merang terletak lebih kurang 40 km ke utara Kuala Terengganu menyusuri jalan pantai.

   Antara aktiviti-aktiviti yang popular di pulau tersebut ialah snorkeling. Pantainya yang landai dan cetek.
Pasirnya putih bersih dan airnya yang jernih. Anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat hidupan laut beraneka jenis, bentuk dan warna. Ika-ikan ini sangat jinak seperti dipelihara. Mereka akan menghampiri anda hanya dengan beberapa menabur cebisan roti dan biskut di permukaan air. Anda juga tidak perlu pandai berenang untuk menyertai aktiviti snorkeling kerana ianya berlaku di tepi pantai di dalam sempadan yang dilingkungi oleh rantaian pelampung. Sempadan ini diletakkan bertujuan untuk untuk melindungi snokelers dari dilanggar bot yang berulang alik dari pulau ke pulau ataupun skuter air atau ski air .

  Aktiviti yang popular yang terdapat di Pulau Redang ini juga ialah selaman skuba (Scuba Diving) . Selaman Skuba ini hanyalah untuk mereka yang terlatih. Peralatan termasuklah pakaian khas , balang gas oksigen , bot dan pemandu yang mesti di sewa. 







 
Posted by kelab pelancongan smkc at 09:21
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

OLD ENTRY.

  • Sept 26 (1)
  • Sept 22 (1)
  • Sept 20 (3)
  • Sept 15 (1)

SHOUT HERE

Powered by Blogger.